Anda di sini

Lebih 2.3 juta rakyat Sabah lengkap vaksin

Advertisement
MASIDI
MASIDI

KOTA KINABALU: Jumlah penduduk Sabah yang menerima dos lengkap vaksin COVID-19 setakat 29 November lepas adalah seramai 2,390,160 orang.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 75.5 peratus iaitu 2,082,618 orang adalah penduduk dewasa.

Katanya, kumulatif penduduk Sabah yang menerima vaksin dos pertama adalah seramai 2,440,155 orang termasuk 2,106,022 penduduk dewasa iaitu 76.35 peratus.

Menurutnya, seramai 334,133 orang atau 77 peratus penduduk remaja menerima satu dos vaksin, manakala penduduk remaja yang lengkap dos vaksin adalah seramai 307,542 atau 71 peratus setakat ini.

"Penduduk Sabah yang menerima vaksin pada 29 November 2021 menurut data Pusat Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Sabah adalah seramai 4,479 orang.

"Daripada jumlah ini, seramai 4,043 orang adalah penduduk dewasa dan 436 orang adalah penduduk remaja," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Dalam pada itu beliau berkata, sejumlah 11 sekatan jalan raya (SJR) dilaksana dalam tempoh 24 jam, melibatkan pemeriksaan 10,948 kenderaan.

Masidi berkata, tiada kenderaan diarah berpatah balik selain tiada kompaun melanggar prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 dikeluarkan di seluruh Sabah.
 

  • oleh
  • Advertisement