Anda di sini

Jalan penghubung baharu dibina beri manfaat kepada penduduk Lundu

Advertisement
Abang Johari menerima cenderamata daripada Ketua Projek Cassidy Morris mewakili Pengarah JKR Sarawak semasa majlis pecah tanah Projek Jalan baru menghubungkan Jalan Tun Hussein Onn/Jalan Bau-Lundu ke Kampung Stunggang Melayu Baru di Lundu. - Gambar Penerangan
Abang Johari menerima cenderamata daripada Ketua Projek Cassidy Morris mewakili Pengarah JKR Sarawak semasa majlis pecah tanah Projek Jalan baru menghubungkan Jalan Tun Hussein Onn/Jalan Bau-Lundu ke Kampung Stunggang Melayu Baru di Lundu. - Gambar Penerangan

KUCHING: Jalan baharu menghubungkan Jalan Tun Hussein Onn/Jalan Bau-Lundu ke Kampung Stunggang Melayu Baru di Lundu yang sepanjang 1.6 kilometer (KM) apabila siap nanti akan memberi manfaat kepada penduduk Kampung Stunggang Melayu dan 33,000 penduduk daerah itu amnya.

Majlis pecah tanah cadangan projek itu diadakan hari ini dan disempurnakan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurut Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak projek berkenaan diluluskan di bawah Dana Kerajaan Negeri dan merupakan pelengkap kepada Lebuhraya Pan Borneo menghubungkan Sematan ke Telok Melano serta jajaran dari Kuching ke Sematan apabila siap sepenuhnya nanti.

"Apabila jalan penghubung itu siap penduduk kampung berkenaan serta dari kawasan sekitarnya lebih mudah memasuki laluan Lebuhraya Pan Borneo tanpa perlu melakukan perjalanan ke Lundu terlebih dahulu, dengan kata lain ia dapat mengurangkan masa serta jarak perjalanan.

"Dengan infrastruktur jalan yang baik sosioekonomi daerah Lundu akan mengalami peningkatan ketara dan bakal menjadi daerah yang sibuk di wilayah Selatan Sarawak. Ini akan memberi manfaat kepada 33,000 penduduk Lundu," katanya.

Skop cadangan projek jalan baharu menghubungkan Jalan Tun Hussein Onn/Jalan Bau-Lundu ke Kampung Stunggang Melayu Baru, antaranya merangkumi pembinaan jalan satu lorong standard jalan R3 JKR, sebuah jambatan kontrit kekal, struktur pembetung dan struktur bahu jalan dan perlindungan cerun serta langkah-langkah kawalan hakisan.

  • oleh
  • Advertisement