Anda di sini

Armada Beluran laksana pendekatan yakinkan golongan muda : Zainuddin

Advertisement
 Zainuddin (tiga kanan) bersama barisan pimpinan Bersatu melaungkan kata semangat pada akhir persidangan yang dirasmikan serentak oleh Ronald (tiga kiri)
SEMANGAT: Zainuddin (tiga kanan) bersama barisan pimpinan Bersatu melaungkan kata semangat pada akhir persidangan yang dirasmikan serentak oleh Ronald (tiga kiri)

BELURAN: Armada Bersatu Bahagian Beluran perlu mencari kaedah serta pendekatan yang sesuai selari dengan peredaran masa kini bagi memberikan keyakinan kepada golongan muda terhadap parti itu.


Ketuanya, Zainuddin Sabu berkata ianya penting bagi memastikan anak muda yang layak mengundi nanti menyokong parti berkenaan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.


Jelasnya, usaha mendekati anak muda bukanlah suatu tugas yang sukar, namun pendekatan baharu perlu dilaksanakan sesuai dengan keadaan semasa menerusi pelbagai platform memandangkan golongan itu lebih cenderung kearah teknologi.


"Sudah tiba masanya Armada melaksanakan pendekatan baharu untuk mendekati anak muda masa kini yang celik teknologi sekaligus memastikan golongan itu tidak terdedah dengan sumber maklumat yang tidak sahih.


"Kita bukan sahaja perlu merangka strategi baru tetapi juga perlu melaksanakan gerak kerja yang sesuai dengan kehendak anak muda (belia) sekaligus memastikan mereka tidak ketinggalan dalam arus perkembangan politik, " katanya.


Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Persidangan Armada Bersatu Bahagian Beluran Tahun 2021 yang dirasmikan serentak oleh Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee merangkap Ketua Bersatu Bahagian Beluran, baru-baru ini.


Dalam pada itu, Zainuddin turut menggesa ahli serta barisan pimpinan Armada supaya mengekalkan kesepakatan bagi mengelak daripada berlaku persengketaan disamping fokus terhadap perjuangan parti bagi memastikan setiap lapisan rakyat tidak kira latar belakang dan fahaman mendapat pembelaan.


"Ayuh kita gandakan usaha untuk membela rakyat dan ambil iktibar daripada persidangan kali ini untuk kita kukuhkan parti di bahagian ini (Beluran) bagi memastikan rakyat menyokong kita untuk meneruskan agenda serta perancangan yang memberi manfaat kepada akar umbi.


"Di kesempatan ini, Armada ingin menyatakan sokongan terhadap Ronald sebagai calon bagi kerusi Parlimen Beluran pada PRU akan datang. Justeru kita (Armada) harus lakukan yang terbaik bagi menawan hati anak muda agar memberi sokongan kepada beliau (Ronald), " katanya.

  • oleh
  • Advertisement