Anda di sini

Tiga unit rumah kedai terbakar

Advertisement
 

BINTULU: Tiga unit rumah kedai di tingkat dua Pusat Komersil Medan Jaya terbakar pada tengah hari ini.

Menurut Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Bintulu, Wan Kamarudin Wan Ahmad, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu menggunakan dua jentera pemadam api (FRT) bergerak ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada jam 1.20 tengah hari.

Sampai di lokasi kejadian katanya, pasukan bomba mendapati api sedang marak memusnahkan tiga unit rumah kedai berkenaan.

"Pasukan bomba kemudiannya memulakan operasi memadam api dengan menggunakan dua aliran air yang mana sumber air diperoleh dari air tangki jentera," ujarnya menerusi satu kenyataan.

Pasukan bomba katanya mengambil masa dua jam bagi memadam kebakaran.

Menurutnya, hasil maklumat awal yang diterima mendapati tiga unit rumah kedai berkenaan dihuni seramai 25 penyewa.

Kebakaran itu tidak mendatangkan kecederaan atau kemalangan jiwa kerana kesemua penghuni berjaya lari menyelamatkan diri.

"Siasatan terperinci akan dijalankan oleh unit forensik bomba bagi mengetahui punca kebakaran serta anggaran kerugian yang dialami penghuninya," katanya.

Advertisement