Anda di sini

Pejabat Kraftangan dan Kebudayaan hampir musnah dalam kebakaran

Advertisement
 Kebakaran di bahagian dapur pejabat berkenaan berjaya dipadam oleh orang awam.
SELAMAT: Kebakaran di bahagian dapur pejabat berkenaan berjaya dipadam oleh orang awam.

KUDAT: Tindakan pantas orang awam berjaya menyelamatkan pejabat Kraftangan dan Kebudayaan di Kampung Tongkang, di sini daripada musnah dalam kebakaran.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.10 petang itu, pejabat berkenaan mengalami kebakaran di bahagian dapur sebelum orang awam bertindak membantu memadam api daripada terus merebak.  

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.18 petang.

“Seramai lapan anggota dan pegawai bomba daripada  Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat bersama dua jentera digerakkan ke lokasi kejadian untuk operasi memadam dan menyelamat.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mendapati kebakaran telah padam hasil bantuan orang awam sebelum ketibaan jentera bomba,” katanya.

Menurutnya, pejabat jenis kekal berkenaan hanya mengalami kemusnahan 10 peratus di bahagian dapur.

“Pasukan bomba menjalankan operasi pemeriksaan bagi memastikan kawasan sekitar dalam keadaan selamat.

“Operasi dapat dikawal pada jam 4.05 petang sebelum ditamatkan kira-kira 10 minit kemudiannya,” katanya.

Katanya, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dan siasatan akan dijalankan untuk mengetahui punca serta kerugian yang dialami pejabat berkenaan.

  • oleh
  • Advertisement