Anda di sini

Lori muat kelapa sawit terbabas, pemandu cedera

Advertisement
 Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan di kawasan sekitar supaya selamat untuk pengguna jalan raya yang lain.
OPERASI: Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan di kawasan sekitar supaya selamat untuk pengguna jalan raya yang lain.

RANAU: Seorang lelaki cedera selepas lori yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di Kampung Kinirasan, di sini pagi tadi.  

Lori yang sarat membawa muatan kelapa sawit itu terbabas sebelum terbalik di Jalan Ranau Tambunan.

Bagaimanapun, pemandu lori berkenaan berjaya diselamatkan oleh orang awam dan dibawa ke Hospital Ranau untuk menerima rawatan lanjut.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.08 pagi.

“Seramai tujuh anggota dan pegawai bomba daripada  Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau bersama dua jentera digerakkan ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat.

“Difahamkan, mangsa telah keluar sendiri daripada lori berkenaan dan telah dihantar ke hospital oleh awam sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya.

Katanya, pasukan bomba menjalankan operasi pemeriksaan bagi memastikan kawasan sekitar dalam keadaan selamat untuk pengguna jalan raya lain.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya kira-kira jam 6.58 pagi selepas semua prosedur keselamatan dijalankan,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement