Anda di sini

555 pesakit sembuh daripada COVID-19

Advertisement
MASIDI
MASIDI

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan sebanyak 555 pesakit sembuh daripada COVID-19 semalam menjadikan jumlah kumulatif 221,928 orang. 

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, bagaimanapun terdapat dua kes kematian dilaporkan pada hari hari yang sama iaitu masing-masing di Kota Marudu dan Keningau.

"Masih terdapat seramai 1,465 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 627 orang di hospital, 819 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 18 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) atau penjara.

"Satu orang masih dirawat di fasiliti swasta. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 75 orang merangkumi 70 di Unit Rawatan Rapi serta lima di open ward (dan 25 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, bilangan pesakit tahap keempat dan lima yang masih belum lengkap vaksin ialah 47 orang.

Sementara itu katanya, penduduk Sabah yang menerima vaksin pada 27 November 2021 adalah seramai 4,207 orang.

"Daripada jumlah ini, seramai 3,840 orang adalah penduduk dewasa dan 367 orang adalah penduduk remaja.

"Kumulatif penduduk Sabah yang telah menerima vaksin dos 1 setakat 27 November 2021 adalah seramai 2,439,582 orang. 

"Ini meliputi 2,105,749 orang penduduk dewasa. Manakala bagi penduduk Sabah yang menerima dos lengkap adalah seramai 2,389,066 orang," katanya.

Menurutnya, daripada jumlah itu seramai 2,082,283 orang adalah penduduk dewasa. Seramai 333,833 orang penduduk remaja telah menerima 1 dos vaksin, manakala penduduk remaja yang telah lengkap dos vaksin adalah seramai 306,783.
 

  • oleh
  • Advertisement