Anda di sini

PRN12: PBB Bukit Kota manfaatkan media sosial, sedia studio khas untuk bersiaran langsung

Advertisement
Dr Abdul Rahman (tiga kiri), Sebi (dua kiri) meninjau menara telekomunikasi Kampung Tegarai hari ini
Dr Abdul Rahman (tiga kiri), Sebi (dua kiri) meninjau menara telekomunikasi Kampung Tegarai hari ini

LIMBANG: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Bukit Kota memanfaatkan sepenuhnya penggunaan media sosial untuk berkempen pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN) termasuk menyediakan studio khas bersiaran langsung setiap malam.

Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, pihaknya sudah bersedia menggunakan media sosial seperti Facebook, Instagram, Telegram dan sebagainya untuk kaedah berkempen.

Beliau juga berharap agar garis panduan (SOP) kempen di Melaka tidak digunakan sepenuhnya di Sarawak atas keluasan negeri ini selain berdepan kekangan capaian internet.

“Kita mengharapkan agar SOP Pilihan Raya di Melaka dapat dilonggarkan dan kempen secara fizikal dengan SOP ketat dibenarkan.

“Walau bagaimanpun kita sudah bersedia menggunakan media sosial termasuk menyediakan studio khas, bersiaran secara langsung setiap malam untuk kempen PRN12 nanti,” katanya ketika meninjau menara telekomunikasi Kampung Tegarai hari ini.

Hadir sama, Timbalan Residen Limbang Sebi Abang.

Dr Abdul Rahman memberitahu pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memberi jaminan menara telekomunikasi Kampung Tegarai yang lengkap dengan  penyedia perkhidmatan telco iaitu Digi akan siap hujung Disember tahun ini.

“MCMC telah pun membuat perjanjian dengan pihak penyedia perkhidmatan telco iaitu Digi untuk menyediakan perkhidmatan mereka di sini,” tambahnya.

Apabila siapnya menara telekomunikasi dan adanya pembekal telco Digi, ia akan menyelesaikan masalah penduduk Kampung Tegarai, Stesen Pertanian Kubong dan sekitarnya yang dari dulu berhadapan dengan masalah tiada liputan telekomunikasi.

  • oleh
  • Advertisement