Anda di sini

PRN12: ASPIRASI tanding 20 kerusi, Lina Soo di Padungan

Advertisement
Buln (dua kiri) menyampaikan plak penghargaan kepada mantan presiden Dr Dripin Sakoi disaksikan Lina (kiri) serta yang lain.
Buln (dua kiri) menyampaikan plak penghargaan kepada mantan presiden Dr Dripin Sakoi disaksikan Lina (kiri) serta yang lain.

KUCHING: Presiden Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI) Lina Soo mengesahkan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Padungan pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) ini. 

Beliau yang ditemui hari ini berkata pengerusinya Buln Ribos pula akan bertanding di kerusi DUN Serembu. 

"Keseluruhannya parti kita akan bertanding di 20 kerusi DUN pada pilihan raya kali ini. 

"Tumpuan adalah di kawasan bandar dan separa bandar di Kuching, Sibu, Miri dan Bintulu," katanya. 

Tambah Lina, senarai penuh 20 calon ASPIRASI yang bertanding akan diumumkan esok. 

Lina turut memaklumkan ASPIRASI ada pilihan raya kali ini bekerjasama dengan Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) untuk bertanding sebanyak mungkin kerusi DUN. 

Kedua-dua parti katanya juga telah mencapai kesepakatan menamakan Presiden PBDSB Bobby William sebagai calon Ketua Menteri jika berjaya membentuk kerajaan. 

Terdahulu, Lina bersama barisan pimpinan parti dan penyokong meraikan ulang tahun ke-25 parti di sebuah hotel di sini. 

Parti ASPIRASI ditubuhkan pada 1996 oleh mantan presiden mendiang Datuk Dr Patau Rubis dengan nama Parti Reformasi Sarawak (STAR) sebelum ditukarkan kepada ASPIRASI tahun lepas. 

Advertisement