Anda di sini

Lebih 2.6 juta populasi remaja negara lengkap divaksin

Advertisement
Gambar hiasan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Seramai 2,615,923 atau 83.1 peratus daripada populasi remaja di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam Jumaat.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman COVIDNOW, sebanyak 2,766,649 individu atau 87.9 peratus golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. 

Bagi populasi dewasa pula, seramai 22,455,762 individu atau 95.9 peratus telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 22,957,009 atau 98 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Sebanyak 113,741 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 4,929 dos pertama, 6,376 dos lengkap serta 102,436 dos penggalak. 

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 52,666,489. - BERNAMA 

Advertisement