Anda di sini

Lelaki India mati, hidup semula lalu mati

Advertisement

NEW DELHI: Seorang lelaki India yang secara salah disahkan meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya didapati masih bernafas dalam peti sejuk bilik mayat namun kemudian mati akibat kecederaan yang dialaminya, kata saudaranya kelmarin.  

Srikesh Kumar mengalami kecederaan parah selepas sebuah motosikal berkelajuan tinggi merempuhnya minggu lalu, serta disahkan meninggal dunia sejurus tiba di hospital di Moradabad, timur dari ibu kota New Delhi.

Dia ditempatkan di dalam peti sejuk bilik mayat sehingga keluarganya tiba enam jam kemudian, apabila mereka menyedari dia tidak bertindak balas namun masih bernafas.

Mangsa berusia 45 tahun itu pada mulanya dipindahkan ke wad hospital tetapi meninggal dunia pada petang Selasa selepas jatuh koma lantaran mengalami kecederaan otak.

“Dia meninggal dunia malam tadi, dan mayatnya telah diserahkan kepada keluarganya,” kata pegawai perubatan Shiv Singh. 

Abang Kumar berkata, mangsa telah dikebumikan lewat kelmarin.

Kejadian pada Jumaat itu telah menimbulkan siasatan di hospital. Singh berkata, hasil siasatan mendapati Kumar berada dalam keadaan amat lemah semasa disahkan meninggal dunia.

“Tiada lepas tangan daripada pihak doktor, tetapi kami masih menjalankan siasatan,” tambahnya. – AFP

Advertisement