Anda di sini

Sunmow Holding disenaraikan di Pasaran LEAP Bursa Malaysia Securities Berhad 

Advertisement
Pengarah Sunmow Holding Berhad (dari kiri) Lee Yew Chen, Kong Chiong Miew, Kong Chiong Ung dan Kio Fook Khan.
Pengarah Sunmow Holding Berhad (dari kiri) Lee Yew Chen, Kong Chiong Miew, Kong Chiong Ung dan Kio Fook Khan.

BINTULU: Sunmow Holding Berhad (Sunmow Holding) adalah sebuah syarikat yang beroperasi di Sarawak.

Ia mempunyai tiga anak syarikat iaitu Sunmow Construction Sdn Bhd (Sunmow Construction), Sunmow Development Sdn Bhd (Sunmow Development) dan Sunmow Trading Sdn Bhd (Sunmow Trading) yang secara kolektif ditakrifkan sebagai Kumpulan Sunmow Holding.

Kumpulan Sunmow Holding melalui Sunmow Construction, terlibat dalam kerja-kerja pembinaan sama ada sebagai kontraktor utama atau sebagai subkontraktor. 

Sunmow Construction terlibat secara aktif dalam pembinaan bangunan komersial seperti kedai pejabat, kompleks beli-belah dan bangunan pembinaan khas serta bangunan kediaman yang merangkumi rumah teres, banglo dan pangsapuri.

Di samping itu, Kumpulan Sunmow Holding juga menyediakan rangkaian kerja pembinaan lain dan perkhidmatan kejuruteraan awam seperti perkhidmatan pembinaan infrastruktur, perkhidmatan sokongan pembinaan, kerja struktur bangunan, baik pulih, sistem perparitan, kerja penurapan jalan dan kerja-kerja berkaitan dengan kejuruteraan awam.

Sunmow Construction telah ditubuhkan pada 2005 oleh Pengerusi Eksekutif Kong Chiong Miew dan Pengarah Urusan Kumpulan Kong Chiong Ung. 

Kegigihan dan komitmen yang berterusan dalam usaha sama ini telah membawa kepada penubuhan Sunmow Construction.

Dengan kekuatan dan dedikasi kakitangan pengurusan utama, Sunmow Construction telah menyiapkan beberapa projek terkenal termasuk The Peak, kuarters kakitangan kerajaan Lembaga Kemajuan Bintulu dan Gereja Umum BEM Apau Koyan, yang diiktiraf dalam kalangan penduduk tempatan serta penduduk Sabah.

Untuk melengkapkan aktiviti projek pembinaan, kerja sivil dan struktur, Kumpulan Sunmow Holding juga telah mula mengembangkan aktiviti kumpulan dalam pembangunan hartanah melalui anak syarikatnya Sunmow Development yang melibatkan projek usaha sama dengan pemilik tanah untuk membangunkan projek perumahan kediaman dan bangunan komersial. 

Pada waktu yang sama, Kumpulan Sunmow Holding melengkapkan aktiviti perniagaannya melalui perdagangan bahan binaan dan alatan melalui anak syarikatnya Sunmow Trading.

Di samping menumpukan usaha untuk memperkukuhkan kehadiran di pasaran, Kumpulan Sunmow Holding sentiasa mengekalkan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti, meningkatkan kepakaran serta pengetahuan teknikal dan memperkayakan pengalaman melalui penyertaan sebagai kontraktor utama dalam projek pembinaan bangunan yang lebih besar dan mencabar. 

Kumpulan Sunmow Holding telah mencipta rekod prestasi cemerlang melalui kerjasama dengan beberapa pemaju terkemuka dalam pembangunan bersepadu di Bintulu serta sekitar Sabah dan Sarawak. 

Kumpulan Sunmow Holding telah mengumpul pengalaman yang luas untuk menerokai pasaran lain di Malaysia, terutama dalam menembusi spektrum dan peluang perniagaan yang lebih luas untuk kumpulan.

Penyenaraian Sunmow Holding Berhad dilaksanakan dengan cara pengenalan dan tidak melibatkan sebarang penjanaan dana untuk kemasukan ke Pasaran LEAP Bursa Securities.

Permohonan yang dikemukakan untuk pendaftaran ke dalam Senarai Rasmi Bursa Securities telah diluluskan Bursa Securities pada 9 November 2021.

Jumlah anggaran permodalan pasaran Sunmow Holding Berhad ketika diterima masuk ke Pasaran LEAP Bursa Securities ialah RM116,970,000.

Sebelum penyenaraian di Pasaran LEAP, saham Sunmow Holding Berhad tidak pernah disenarai di pasaran awam dalam atau luar Malaysia.

Harga rujukan penyenaraian sebanyak RM0.50 telah ditentukan Ahli Lembaga Sunmow Holding setelah mengambil kira beberapa faktor, termasuk dan antara lainnya, terbitan dan peruntukan 24,000,000 saham Sunmow Holding kepada pelabur pada harga langganan atau pembelian RM0.50 sesaham yang lengkap pada 18 Februari 2021.

Jumlah peruntukan RM12,000,000 yang dikumpul akan digunakan untuk pembelian jentera dan peralatan pembinaan baharu, modal kerja untuk projek pembinaan, modal kerja untuk Kumpulan dan anggaran perbelanjaan penyenaraian.

Dengan mulanya penyenaraian di Pasaran LEAP, ia melambangkan tonggak kejayaan baharu kepada Kumpulan Sunmow Holding yang membolehkan perkembangan yang lebih besar serta peluang yang lebih dalam horizon baharu. 

Kumpulan Sunmow Holding percaya penyenaraian ini akan meningkatkan profil dan keterlihatan ke suatu tahap yang lebih tinggi, seterusnya mempertingkatkan nilai keseluruhan pemegang saham melalui pelaksanaan pelan perniagaan yang lebih efektif.
 

  • oleh
  • Advertisement