Anda di sini

Senarai penuh pemain Sabah FC diketahui Disember ini: Kim Swee

Advertisement
KIM SWEE
KIM SWEE

KOTA KINABALU: Masih terlalu awal untuk Sabah FC melakukan pengumuman secara rasmi berkenaan barisan pemain baharu yang bakal mengikat kontrak beraksi bersama-sama skuad badak musim hadapan dalam saingan Liga Super 2022.

Pengendalinya Datuk Ong Kim Swee berkata bagi memastikan Sabah FC mampu memberikan saingan kepada pasukan lain dalam Liga Super musim depan beliau perlu membawa masuk pemain yang cukup berkualiti.

“Pemain itu termasuklah Khairul Fahmi Che Mat, Baddrol Bakhtiar, Irfan Fazail dan beberapa pemain lagi namun ini semua ini bagi saya hanya satu spekulasi yang ditularkan di media sosial.

“Apa yang penting saya perlu berbincang dengan pihak pengurusan terlebih dahulu terutamanya daripada segi bajet pasukan untuk musim depan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Kim Swee berkata beliau tidak boleh memilih pemain secara sesuka hati tanpa mengikut kriteria perbelanjaan yang ditetapkan pihak pengurusan Sabah FC.

"Sudah tentu kita inginkan beberapa pemain yang mempunyai mutu permainan berkualiti tinggi untuk mencapai keputusan baik dalam saingan Liga Super 2022.

"Dalam masa sama kita juga sudah mengenalpasti beberapa pemain tempatan untuk dicadangkan kontrak baharu musim depan berdasarkan kemampuan kewangan Sabah FC.

"Setiap tahun pasti semua kelab akan membeli, menjual atau mengekalkan para pemain mereka dan sama juga dengan pasukan Sabah sudah tentu ada pemain yang tidak akan disambung kontrak dan ada juga pemain yang akan disambung kontrak," katanya.

Kim Swee berkata senarai rasmi pemain Sabah FC musim depan hanya diketahui selewat-lewatnya awal Disember ini.

“Apa yang boleh kita kongsikan di sini ialah Sabah FC melakukan perancangan rapi untuk mengekalkan berapa pemain utama yang sudah menunjukkan prestasi yang memberansangkan sepanjang musim ini,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement