Anda di sini

Ronaldo bangkitkan semangat Red Devils

Advertisement
 Pemain pertahanan Villarrea Pervis Estupinan (kiri) bersaing dengan pemain  tengah Manchester United Donny van de Beek pada perlawanan Liga Juara-Juara Kumpulan F di antara Villarreal CF dan Manchester United, di stadium La Ceramica, kelmarin. ― Gambar AFP
Pemain pertahanan Villarrea Pervis Estupinan (kiri) bersaing dengan pemain  tengah Manchester United Donny van de Beek pada perlawanan Liga Juara-Juara Kumpulan F di antara Villarreal CF dan Manchester United, di stadium La Ceramica, kelmarin. ― Gambar AFP

VILA-REAL: Gol cantik Cristiano Ronaldo menghidupkan Manchester United selepas pemergian Ole Gunnar Solskjaer dengan kemenangan 2-0 kepada Villarreal semalam, lantas mengunci slot ke 16 akhir Liga Juara-Juara.

Rembatan hebat Ronaldo kemudian diikuti oleh gol sulung United Jadon Sancho di Ceramica, di mana jurulatih sementara Michael Carrick menurunkan Bruno Fernandes dari bangku. 

Gol Ronaldo tiba pada minit ke-78, memecah kebuntuan dalan perlawanan yang nampak seperti akan berakhir tanpa gol.

Selepas huru-hara beberapa hari dengan pemecatan Solskjaer serta dimalukan 1-4 oleh Watford, United berjaya mengharungi kepayahan menerusi kemenangan yang menempatkan mereka di puncak Kumpulan F dengan kelebihan tiga mata. 

Villareal duduk di tempat kedua, bakal menentang Atalanta dalam perlawanan akhir. United yang akan menjadi tuan rumah Young Boys, kini sudah memastikan kelayakan. 
Carrick hanya mengambil alih sementara. Beberapa calon telah dinamakan pada Selasa, termasuk bekas jurulatih Barcelona, Ernesto Valverde.

Carrick pernah memenangi Liga Juara-Juara sepanjang 12 tahun sebagai pemain Manchester United, enggan menjanjikan perubahan berbanding Solskjaer semasa sidang media pada Isnin.

Apabila ditanya sama ada dapat membangkitkan United, dia menjawab “kita lihat sahaja” serta mengakui dia memiliki ‘kepercayaan yang sama’ dengan Solskjaer dan “oleh sebab itu kami telah bekerjasama untuk tempoh yang lama.”

Pilihan permulaannya lebih berani, dengan menyimpan Fernandes. Pemain Portugis itu diganti dengan Donny van de Beek, sementara Anthony Martial, Alex Telles dan Fred mengambil tempat Marcus Rashford, Luke Shaw dan Nemanja Matic.

Kesebelasan utama ini tidak begitu memberi impak. Dalam separuh masa pertama Telles melepaskan peluang dua kali sementara Martial hambar sebelum digantikan dengan Rashford dalam separuh masa kedua. 

Villarreal berjaya mencipta beberapa peluang namun gagal menyempurnakannya dan mereka dihukum. 

Separuh masa pertama agak sengit sungguhpun tidak membuahkan hasil, kedua-dua pasukan hanya menanti kecuaian daripada satu sama lain.

Tandukan Scott McTominay tersasar sementara cubaan Arnaut Danjuma terpesong jauh. Yeremi Pino ada peluang gol pembukaan menerusi umpanan Danjuma. Dia berjaya menyelinap dan menembusi Telles, tetapi sepakannya menuju ke tepi jaring. 

Telles bergelut untuk mengepung Yeremi yang melorong buat Manuel Trigueros, namun cubaannya ditepis oleh David de Gea.

Ronaldo jelas kecewa, melambai-lambai rakan sepasukannya setelah mereka gagal untuk mengumpan bola kepadanya dengan pantas. Dia juga mengambil sepakan percuma di luar kotak, tetapi tersasar ke luar padang. 

Perlawanan semakin mantap dalam separuh masa kedua. Trigueros sekali lagi menguji De Gea, tetapi penjaga gol Sepanyol itu bertindak pantas.

Dengan baki 24 minit, Carrick menurunkan Fernandes dan Rashford, mengganti posisi Martial dan Van de Beek. Fernandes membuat umpanan yang sepatutnya disempurnakan oleh Sancho, tetapi pemain sayap itu merembat terus ke pintu gol, menuju ke Geronimo Rulli.

Perubahan itu menambah rentak buat United dan pada minit ke-78, Ronaldo menggegarkan pintu gol.

Rulli melemparkan bola kepada Etienne Capoue namun pemain tengah itu dihalang oleh Fred, merampas bola daripada Capoue dan ia melantun berhampiran Ronaldo. 

Memandangkan Rulli tiada di pintu gol, Ronaldo mengerling kepada penjag gol itu, lantas menanduk masuk. 

Masih terdapat masa dan Ronaldo sekali lagi terlibat, mengawal bola dan menendang ke sebelah kiri. Lorongannya masuk ke dalam kotak, di mana ia dikuasai dan dijaringkan oleh Sancho. ― AFP 

Advertisement