Anda di sini

Pemilik rumah, premis diminta sediakan tong sampah bersesuaian

Advertisement
 Kakitangan DBKK semasa memberikan penerangan kepada salah seorang pemilik rumah di salah sebuah kawasan perumahan sekitar sini.
PENERANGAN: Kakitangan DBKK semasa memberikan penerangan kepada salah seorang pemilik rumah di salah sebuah kawasan perumahan sekitar sini.
 Sebahagian tong sampah milik penghuni perumahan yang diperiksa oleh DBKK dalam tinjauan terbabit.
TONG SAMPAH: Sebahagian tong sampah milik penghuni perumahan yang diperiksa oleh DBKK dalam tinjauan terbabit.

KOTA KINABALU: Pemilik rumah serta premis sekitar pusat bandaraya diminta untuk menyediakan tong sampah bersesuaian di kawasan masing-masing.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip berkata arahan ini selaras dengan apa yang termaktub dalam Undang-Undang Kecil Conservancy and Hygiene by-laws 1984.

“Berdasarkan undang-undang itu, pemilik rumah atau premis bertanggungjawab menyediakan tong sampah yang bersesuaian dan bertutup untuk rumah serta premis yang dimiliki.

“Peraturan ini digariskan bagi memelihara keharmonian, kebersihan dan hak bersama masyarakat agar tidak memberi kemudaratan kepada jiran atau masyarakat lain di kawasan masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata bagi memastikan arahan itu lebih relevan, pihaknya giat menggerakkan kakitangan  DBKK dalam memberi pemahaman dan penerangan kepada warga bandaraya di kawasan taman perumahan berhubung tanggungjawab menyediakan tong sampah terhadap pemilik rumah serta premis.

Katanya kakitangan DBKK turut mengedarkan risalah berhubung panduan penyediaan tong sampah dan kaedah betul membuang sampah dalam tong sampah. 

“Aktiviti pemeriksaan dan penguatkuasaan akan dijalankan dari semasa ke semasa bagi memastikan kelestarian kawasan bandaraya tetap terpelihara,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement