Anda di sini

Lima kematian akibat COVID-19 di Sabah

Advertisement
MASIDI
MASIDI

KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan lima kematian disebabkan COVID-19 iaitu dua kes di Beaufort manakala Nabawan, Tuaran dan ibu negeri masing-masing merekodkan satu kes kelmarin.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata kematian ini bagaimanapun tidak statik berlaku dalam tempoh 24 jam dan terdapat kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar.

Bagi tempoh sama katanya 1,656 lagi pesakit COVID-19 sedang menerima rawatan iaitu 671 pesakit ditempatkan di hospital, 967 di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan 18 lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan Penjara. 

“76 pesakit dilaporkan memerlukan penjagaan kritikal merangkumi 70 di Unit Rawatan Rapi (ICU) atau repurposed kritikal care serta enam di wad kubikel akut dan 29 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). 

“64 pesakit bersamaan 30.48 peratus direkodkan sebagai pesakit tahap empat dan lima dan masih belum lengkap menerima vaksin,” katanya.

Dalam perkembangan lain Masidi berkata dua tangkapan dibuat mengikut Enakmen Pelabuhan Dan Dermaga Sabah 2002 serta Akta Perikanan 1985 Dan Akta Imigresen 1959/63.

Katanya tangkapan dibuat sepanjang  Penguatkuasaan SOP COVID-19 di perairan laut Sabah oleh Pasukan Polis Marin (PPM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang melibatkan 130 pemeriksaan di kawasan Pantai Timur dan 43 pemeriksaan di perairan Kota Kinabalu dan Labuan. 

“Seorang lagi individu turut dikompaun kerana gagal mendaftar aplikasi MySejahtera dan buku pendaftaran semasa memasuki premis di Penampang dalam pemeriksaan Pihak Berkuasa Tempatan terhadap 978 premis perniagaan keseluruhan dibawah kawalan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement