Anda di sini

Kluster sawit biru Kinabatangan rekod 14 individu positif COVID-19

Advertisement
MASIDI
MASIDI

KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan satu kluster baharu iaitu Kluster sawit biru Kinabatangan yang membabitkan jangkitan di kawasan tempat kerja.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata kluster yang melibatkan seorang pekerja pembersihan itu merekodkan jangkitan terhadap 14 individu positif COVID-19 setakat ini.

Sementara itu dalam kenyataan media laporan harian COVID-19 beliau berkata jumlah kes di Sabah menurun sebanyak 109 kes berbanding hari sebelum ini menjumlahkan 513 kes baharu di negeri ini semalam.

“Hasil penelitian mendapati empat daerah yang menjadi penyumbang tinggi kes di Sabah setiap hari iaitu ibu negeri sendiri, Ranau, Tuaran dan Kota Belud mencatat penurunan yang agak ketara.

“Ibu negeri mencatatkan penurunan sebanyak 37 kes diikuti Ranau 14 kes, Tuaran 31 kes dan Kota Belud 10 kes, bagaimanapun empat daerah ini kekal sebagai penyumbang tertinggi kes harian di Sabah,” katanya.

Menurutnya perbandingan kasar bagi kesemua daeeah di Sabah mendapati 14 daerah merekodkan penurunan dan lapan daerah yang lain pula mencatatkan penambahan manakala lima daerah kekal seperti jumlah kes pada hari sebelumnya.

“Tiga daerah lain iaitu Kunak, Tongod dan Kalabakan tidak mencatatkan sebarang kes baharu dan secara keseluruhannya peratusan kes sporadik masih tinggi iaitu 191 orang atau 37.2 peratus daripada 513 pesakit yang dilaporkan hari ini adalah dalam kategori jangkitan ini.

“Pesakit bagi kategori ringan kekal ramai sebanyak 500 orang dan hanya dua pesakit dalam kategori tiga diikuti dua pesakit masing-masing bagi kategori empat dan lima.

“Tujuh pesakit lain masih dalam penilaian Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS),” katanya.

  • oleh
  • Advertisement