Anda di sini

Kilat sambar 13 banduan Zimbabwe sedang makan tengah hari

Advertisement

HARARE: Kilat telah menyambar dan mencederakan 13 banduan lelaki yang sedang makan tengah hari di sebuah penjara di barat laut Zimbabwe, menurut seorang pegawai kelmarin.

Timbalan jurucakap bagi perkhidmatan penjara  Peter Chaparanganda memberitahu  AFP bahawa  insiden itu berlaku pada Jumaat lepas di penjara di pekan Hwange.

"Banduan tersebut berada di dalam kawasan laman penjara ketika kilat menyambar sekitar jam 11.30 pagi waktu tempatan," jelas beliau.

Kumpulan tersebut telah dibawa  ke hospital di mana empat orang daripada mereka dilaporkan berada dalam keadaan serius sementara sembilan lagi dilaporkan sebagai stabil, tambah Chaparanganda.

Kilat disertai ribut petir musim panas merupakan kejadian biasa dan bertanggungjawab ke atas beberapa kematian pada setiap tahun di Zimbabwe. - AFP

Advertisement