Anda di sini

Gerawat diumum calon GPS di Mulu 

Advertisement
Abang Johari (empat kiri), Gerawat (tiga kiri) bersama tetamu kehormat lain menunjukkan tanda bagus pada majlis pecah tanah Pusat Khidmat Mulu hari ini.
Abang Johari (empat kiri), Gerawat (tiga kiri) bersama tetamu kehormat lain menunjukkan tanda bagus pada majlis pecah tanah Mulu Service Centre hari ini.

MIRI: Dato Gerawat Gala diumum calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mulu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke 12 yang akan berlangsung bulan depan.
 
Pencalonan beliau diumumkan Ketua Menteri yang juga Pengerusi GPS Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada majlis pelancaran Mulu Service Centre di sini hari ini. 

"Saya beri jaminan kita akan letakkan lagi Dato Gerawat sebagai calon di kawasan Mulu.

"Dengan adanya kerjasama antara Dato Gerawat dengan Anyie (Ahli Parlimen Baram) saya yakin kawasan Baram menerusi HDA (Agensi Pembangunan Dataran Tinggi) akan kita bangun dengan tersusun, termasuk di kawasan Mulu kerana sudah dinaik taraf daerah kecil," jelasnya.

Sehubungan itu, Abang Johari meminta sokongan rakyat untuk memberi mandat kepada kerajaan GPS dalam pilihan raya kelak.
 
Katanya, dengan sokongan itu membolehkan GPS meneruskan program pembangunan di Mulu termasuk projek jalan raya dari Miri serta bekalan tenaga elektrik dan air yang memerlukan dana besar untuk menjayakannya.
 
"Saya percaya Mulu akan berkembang maju dan mendapat manfaat," jelas beliau. 

Mulu ialah kawasan DUN baharu dalam bahagian Miri yang mula dipertandingkan pada 2016.
 
Pada PRN ke-11, Gerawat yang ketika itu mewakili Barisan Nasional (BN) mengalahkan calon dari PKR, DAP dan Bebas. 
 

  • oleh
  • Advertisement