Anda di sini

Enam mayat ditemui tergantung dari jambatan, pokok di Mexico

Advertisement

KOTA MEXICO: Mayat enam orang kelmarin ditemui tergantung dari sebuah jambatan dan sebatang pokok di sebuah kawasan di utara Mexico yang digegarkan dengan peperangan saudara antara kartel, menurut pihak berkuasa.

Penemuan mengerikan itu dibuat di Fresnillo di wilayah Zacatecas,  di mana kumpulan bermusuhan sedang berperang bagi kawalan ke atas laluan penyeludupan dadah ke Amerika Syarikat.

Tiga mayat ditemui tergantung dari sebuah jambatan pejalan kaki dan tiga lagi digantung pada sebatang pokok,  menurut jabatan keselamatan negara.

Dua lagi mayat dikesan pada sebidang tanah di Fresnillo, menurut pihak berkuasa, tanpa menjelaskan sama ada mereka turut ditemui dalam keadaan digantung – satu taktik yang digunakan oleh kumpulan bagi mengugut lawan mereka.

Pada Khamis lepas, 10 mayat ditemui di sebatang lebuh raya di Zacatecas, di mana sembilan orang telah digantung pada sebuah jambatan, membawa kepada pemecatan ketua keselamatan negara.

Di sekitar Mexico, lebih 300,000 orang telah dibunuh dalam gelombang pertumpahan darah sejak kerajaan mengerahkan pasukan tentera menentang kartel dadah pada 2006. - AFP

Advertisement