Anda di sini

Diskaun 50 peratus bayar saman trafik pada Disember ini

Advertisement
 

KUCHING: Orang ramai yang mempunyai saman oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasan Trafik (JSPT) berpeluang membayar dengan diskaun sehingga 50 peratus bermula 1 hingga 14 Disember ini.

Ketua JSPT Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu (gambar) berkata bayaran boleh dibuat di kaunter saman trafik di semua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri ini. 

“Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik akan membuka kaunter semakan saman dan tawaran diskaun sehingga 50 peratus.

"Kaunter bayaran saman dibuka bermula jam 8.30 pagi hingga 3 petang setiap hari, kecuali hari Sabtu dan Ahad," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini. 

Bagaimanapun, katanya terdapat beberapa saman berkecuali untuk tawaran diskaun.

“Saman yang berkecuali adalah seperti saman tidak patuhi lampu isyarat merah, menggunakan lorong kecemasan, memotong secara merbahaya, memotong di garisan berkembar dan kes kemalangan.

"Kes yang masih dibicara di mahkamah, kes yang tidak boleh dikompaun, kesalahan berkaitan lori dan kesalahan pengubahsuaian ekzos juga antara saman yang terkecuali mendapatkan diskaun 50 peratus," jelasnya.

Sebarang pertanyaan atau semakan saman boleh dibuat di mana-mana kaunter saman trafik yang berdekatan.

  • oleh
  • Advertisement