Anda di sini

Cadang wujud panel pakar teliti isu perumahan 

Advertisement
Reezal. -Gambar oleh Roy Emmor
Reezal. -Gambar oleh Roy Emmor

KOTA SAMARAHAN: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengusulkan cadangan mewujudkan panel pakar bagi membantu dan memberi nasihat kepada kementerian itu berhubung isu perumahan. 

Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, usaha ini penting untuk KPKT melalui bank negara meneliti modal terbaik untuk orang muda memiliki perumahan pertama mereka. 

"Panel pakar ini melibatkan wakil daripada Bank Negara, Bank Dunia, Institut Penyelidikan Khazanah, pemaju perumahan dan penjawat awam berpangkat tinggi. 

"Usaha ini bakal menjadi proses berterusan dan mesyuarat pertama akan diadakan pada Januari 2022," katanya semasa sidang media Majlis Penyerahan Kunci PPAM di Ike Village, di sini hari ini. 

Hadir sama, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian. 

Jelas Reezal Merican, bagaimanapun salah satu kekangan yang dihadapi setakat ini ialah Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit (CCRIS). 

"Namun dari segi penilaian, sekarang sudah ada bank mula melakukan migrasi daripada analisis konvensional bagi meneliti penyata CCRIS, nisbah hutang dan sebagainya kepada analisis psikometrik," katanya. 

Tambahnya, menerusi usaha ini kerajaan dapat mengenal pasti corak perbelanjaan seseorang, sekali gus dapat menjamin kestabilan kewangan tanpa merujuk kepada slip gaji. 

Sementara itu, Reezal menjelaskan KPKT turut menyediakan pelbagai inisiatif bagi memastikan rakyat yang layak mampu memiliki rumah. 

"Ini termasuk pembinaan Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) yang hanya boleh dibeli oleh pembeli rumah kali pertama," katanya. 
 

  • oleh
  • Advertisement