Anda di sini

Bung Gayu Heritage bakal di naik taraf

Advertisement
Willie ketika mengadakan lawatan ke Kampung Gayu, Padawan.
Willie ketika mengadakan lawatan ke Kampung Gayu, Padawan.

KUCHING: Tapak warisan asal masyarakat Pinyawa atau Bung Gayu Heritage bakal direalisasikan apabila cadangan yang dikemukakan oleh jawatankuasa projek berkenaan mendapat persetujuan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Willie Mongin.

Willie berkata peruntukan sebanyak RM200,000 akan disalurkan sebagai permulaan untuk membina beberapa kemudahan di tapak tersebut. 

Kertas kerja cadangan juga telah dikemukan oleh jawatankuasa berkenaan.

"Saya sangat bersetuju dan komited dengan cadangan ini kerana ia merupakan identiti masyarakat Pinyawa, khasnya untuk mengenali asal usul mereka serta akan menjadi salah satu tempat tarikan pengunjung ke kawasan ini," katanya.

Willie berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke Kampung Gayu atas jemputan ketua kaum dan ahli-ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Padawan pada Rabu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Puncak Borneo turut meluluskan dana sebanyak RM15,000 kepada tabung JKKK bagi menaik taraf saluran bekalan air graviti di kampung berkenaan.

Semasa lawatan itu Willie juga sempat menyatuni penduduk kampung yang memerlukan bantuan perumahan dan kebajikan.

Beliau serta rombangan juga turut meninjau jalan ladang yang dicadangkan untuk dinaiktarafkan bagi memudahkan pekebun-pekebun bergerak serta mengeluarkan hasil tanaman mereka.

Willie turut menyampaikan bakul makanan kepada golongan B40, ibu tunggal dan pesakit kronik.

  • oleh
  • Advertisement