Anda di sini

Bayi empat bulan antara korban COVID-19

Advertisement
Gambar hiasan
Gambar hiasan

KUCHING: Bayi lelaki berusia empat bulan antara enam kematian akibat jangkitan COVID-19 direkodkan di Sarawak, hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan memberitahu, kematian bayi berkenaan direkodkan pada 17 November 2021 di Bintulu.

“Pada 17 November 2021 satu kematian melibatkan bayi lelaki berusia empat bulan di Bintulu.

“Tiada sejarah penyakit yang diketahui bagi kes kematian ini,” katanya.

Manakala, pada 21 November dua kematian direkodkan di Miri yang melibatkan lelaki berusia 85 dan 76 tahun yang mempunyai komorbid.

Pada 22 November, tiga kematian, kesemua lelaki direkodkan masing-masing di Samarahan, Sibu dan Bintulu berusia antara 23 hingga 58 tahun, kesemuanya mempunyai penyakit komorbid.

Sementara itu, JPBNS memaklumkan Sarawak pada hari ini merekodkan 171 kes baharu yang sekali gus menyaksikan keseluruhan kes di negeri ini meningkat kepada 250,085 kes.

“Daripada kes baharu itu, 159 kes adalah kategori satu dan dua sementara 12 kes adalah kategori tiga, empat dan lima.

“Kuching kekal merekodkan kes harian tertinggi iaitu 66 kes diikuti Lawas (19), Miri (17), Limbang (15), Bintulu (12) dan Sibu (11),” katanya.

Manakala daerah lain merekodkan kes kurang daripada 10 dan ada yang tiada merekodkan kes.

  • oleh
  • Advertisement