Anda di sini

90 pasukan berentap pada Kejohanan Petanque Terbuka Piala Landas  

Advertisement
Awang Zamhari (tengah) selepas mengadakan sidang media, di sini hari ini.
Awang Zamhari (tengah) selepas mengadakan sidang media, di sini hari ini.

KUCHING: Kira-kira 90 pasukan dijangka berentap dalam Kejohanan Petanque Terbuka Piala Landas anjuran Jabatan Tanah dan Survei (JTS) menerusi Kelab Sosial dan Sukan JTS bersama-sama Persatuan Sukan Petanque Bahagian Kuching (PSPBK), hujung bulan ini. 

Kejohanan ke-13 itu berlangsung di Pusat Petanque Sarawak, Kampung Santubong pada 27 hingga 28 November 2021. 

Timbalan Pengarah Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (JTS), Awang Zamhari Awang Mahmood berkata, hampir dua tahun sukan ini tidak dapat diadakan akibat pandemik COVID-19. 

"Sehubungan itu, tahun ini kejohanan petanque ini bakal mula dilaksanakan dalam kalendar pertandingan," katanya semasa sidang media Kejohanan Petanque Beregu Terbuka Piala LANDAS PSPBK 2021, di sini hari ini. 

Hadir sama Pengarah Urusan Lea Centre, Raymond Sim Hee Pang dan Penguasa JTS Bahagian Kuching, Alfian Bawi. 

Jelasnya, selain kelab sukan berkenaan, pelbagai agensi dan pertubuhan juga turut menyertai kejohanan tersebut. 

"Kita yakin bahawa pasukan ini akan bertambah kerana pendaftaran pasukan akan ditutup pada 26 November ini," katanya sambil menambah, jumlah yuran penyertaan ialah RM100 untuk satu pasukan dan kategori dipertandingkan ialah beregu terbuka. 

Sementara itu, jelasnya pihak penganjur menawarkan hadiah yang lumayan pada kejohanan kali ini. 

"Juara bakal menerima RM2,000, piala serta pingat manakala naib juara menerima wang tunai RM1,200, piala dan pingat. 

"Tempat ketiga akan membawa balik wang tunai berjumlah RM800, piala serta pingat dan tempat keempat menerima wang tunai RM500, piala dan pingat," katanya. 

Selain itu, hadiah berjumlah RM200 dan pingat akan diberikan kepada pasukan yang mendapat tempat kelima hingga kelapan manakala tempat kesembilan hingga ke-16 menerima RM100 dan pingat.
 

  • oleh
  • Advertisement