Anda di sini

Warga emas terperangkap dalam bilik air

Advertisement
 Warga emas yang terperangkap dalam bilik air berjaya diselamatkan pasukan bomba.
SELAMAT: Warga emas yang terperangkap dalam bilik air berjaya diselamatkan pasukan bomba.

KOTA KINABALU: Tindakan pantas seorang lelaki menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berjaya menyelamatkan warga emas yang terperangkap di dalam bilik air di rumah sewa di Bandaran Berjaya di sini semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) berkata kejadian jam 4.30 petang membabitkan seorang lelaki berumur 77 tahun.

“Kejadian awal berlaku apabila rakan serumah mangsa menyedari mangsa tidak keluar dari bilik air terbabit selepas lebih tiga jam sebelum menghubungi pihak bomba.

“Bertindak dengan kejadian, lapan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu bersama jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi penyelamatan.

“Setibanya di lokasi, mangsa didapati masih berada di dalam bilik air dan seterusnya pasukan bomba cuba membuka pintu dengan menolak kuat pintu tandas sehingga terbuka,” katanya dalam kenyataan media di sini semalam.

Menurutnya sebaik pintu dibuka, mangsa didapati berada dalam keadaan sedar bagaimanapun mangsa lemah sambil terbaring di atas mangkuk tandas.

“Mangsa segera dibawa keluar menggunakan pengusung sebelum diserahkan kepada pihak Ambulans daripada Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) untuk tindakan selanjutnya.

“Pasukan bomba terus melakukan pemeriksaan akhir di sekitar lokasi kejadian bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum menamatkan operasi pada jam 5.27 petang,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement