Anda di sini

Sembilan anggota polis maut dalam serangan di Burkina Faso

Advertisement
 

OUAGADOUGOU: Sekurang-kurangnya sembilan anggota polis terbunuh dalam satu serangan pada hujung minggu di utara Burkina Faso, menurut sumber keselamatan kelmarin.


Serangan oleh kumpulan bersenjata yang dikaitkan dengan Al-Qaeda dan militan Daesh (IS) telah melanda negara Afrika Barat yang dilingkungi daratan sejak 2015, membunuh 2,000 orang dan menyebabkan 1.4 juta kehilangan tempat tinggal.


“Pada petang Ahad, beberapa individu bersenjata yang tidak dikenali melancarkan serangan ke atas pasukan keselamatan di Foube," sumber keselamatan Burkina Faso memberitahu AFP.


Sumber itu berkata, 12 mangsa terselamat ditemui pada pagi kelmarin namun ramai orang masih hilang.


“Pencarian diteruskan untuk mengemas kini angka tersebut, yang akan dinyatakan kemudian,” kata sumber keselamatan yang lain.


Insiden itu berlaku seminggu selepas serangan paling berdarah terhadap pasukan pertahanan dan keselamatan Burkina Faso selama beberapa tahun, membunuh sekurang-kurangnya 53 orang termasuk 49 anggota polis di utara negara.


Serangan telah menjadi semakin kerap dan kebanyakannya tertumpu di bahagian utara dan timur negara miskin Sahel, serta mencetuskan tunjuk perasaan di seluruh negara. – AFP

Advertisement