Anda di sini

PGA gagal cubaan seleweng 64,000 liter diesel bersubsidi, dua lori tangki bernilai RM1.08 juta

Advertisement

KOTA KINABALU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Sabah berjaya menggagalkan aktiviti penyelewengan membabitkan 64,000 liter minyak diesel dalam satu serbuan di jeti nelayan Kampung Nelayan Batu Putih Sandakan kelmarin.

Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner Abdul Rani Alias berkata tindakan dilaksanakan dalam Operasi Bersepadu kira-kira jam 9 malam.

Katanya serbuan dijalankan oleh pasukan Tiger Platoon Batalion 15 bersama pasukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Operasi Cegah Pati (OCP) ESSCOM.

“Hasil pemeriksaan mendapati pasukan serbuan menemukan dua lori tangki yang memuatkan keseluruhan 64,000 liter minyak diesel bersubsidi.

“Sepanjang serbuan juga, pasukan operasi turut menahan tiga lelaki berumur 20 hingga 40 tahun yang dipercayai terbabit dalam aktiviti penyelewengan berkenaan bagi membantu siasatan selanjutnya.

“Turut disita ialah dua lori tangki bersama beberapa peralatan pam minyak dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan bernilai RM1.08 juta,” katanya semasa dihubungi semalam.

Beliau berkata hasil siasatan lanjut mendapati berlaku penyelewengan terhadap minyak diesel bersubsidi dan kes diserahkan kepada KPDNHEP untuk tindakan selanjutnya.

Tambahnya kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

 Salah sebuah lori tangki yang dirampas dalam Ops Bersepadu selepas dipercayai menyeleweng sejumlah minyak diesel bersubsidi.
SELEWENG: Salah sebuah lori tangki yang dirampas dalam Ops Bersepadu selepas dipercayai menyeleweng sejumlah minyak diesel bersubsidi.
 Pam minyak yang turut dirampas dalam Ops Bersepadu di jeti nelayan Kampung Nelayan Batu Putih Sandakan.
RAMPAS: Pam minyak yang turut dirampas dalam Ops Bersepadu di jeti nelayan Kampung Nelayan Batu Putih Sandakan.
  • oleh
  • Advertisement