Anda di sini

Lelaki terlibat dadah didenda RM1,500

Advertisement
 

MIRI: Seorang lelaki didenda RM1,500 atau empat bulan penjara oleh Mahkamah Majistret kerana kesalahan terlibat kegiatan penyalahgunaan dadah.
    
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani pengawasan oleh pihak berkuasa selama tempoh dua tahun.
    
Masrafiee Mohsin, 31, dari Kampung Dagang Bekenu didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 15 (1) akta sama.
    
Jika sabit kesalahan, boleh didenda RM5,000 atau penjara dua tahun dan serta-merta dikehendaki menjalani pengawasan oleh pegawai sebagaimana ditakrifkan di bawah Seksyen 2 Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 selama tempoh tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun mengikut Seksyen 38B ADB 1952.    
    
Menurut keterangan kes, tertuduh didapati telah menggunakan dadah berbahaya jenis amphetamine dan methamphetamine yang terkandung di dalam Jadual Pertama ADB 1952 (Akta 234), dengan cara memasukkan dadah tersebut ke dalam tubuh badan sendiri tanpa kebenaran pihak berkuasa.
    
Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 2.30 petang, 10 Mac 2018 di  pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Miri.
    
Pendakwaan dilakukan ASP Mary Ong di hadapan Majistret Leona Dominic Mojiliu.

Advertisement