Anda di sini

Lelaki gagal daftar MySejahtera dikompaun, 15 premis terima notis amaran

Advertisement
MASIDI
MASIDI

KOTA KINABALU: Seorang individu menerima kompaun selepas gagal mendaftar masuk pada aplikasi MySejahtera serta buku pendaftaran sebelum memasuki sebuah premis di Manggatal di sini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata kompaun dikeluarkan sepanjang operasi pematuhan yang dijalankan pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) terhadap 629 premis perniagaan dan 896 individu di 18 kawasan sekitar sini.

Beliau bagaimanapun berkata tiada kompaun dikenakan terhadap kesemua premis yang diperiksa.

Bercakap lanjut berkenaan operasi itu, Masidi berkata dua notis masing-masing di Penampang dan Keningau diberikan kepada pemilik premis dalam pemeriksaan 940 premis perniagaan yang dilaksanakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melalui kawalan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan. 

“13 lagi notis amaran juga dikeluarkan terhadap premis perniagaan sepanjang Rondaan Agen Basmi COVID-19 (ABC-19) dan Rondaan Pemantauan Pematuhan SOP Peringkat Komuniti oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di 361 Premis Perniagaan melibatkan 180 anggota APM,” katanya dalam kenyataan harian COVID-19 kelmarin.

Katanya pihak PDRM turut melaksakan 11 Sekatan Jalan Raya (SJR) melibatkan pemeriksaan 8,417 buah kenderaan dan tiada kenderaan diarah berpatah balik. 

“Penguatkuasaan SOP turut dijalankan di perairan laut Sabah oleh Pasukan Polis Marin (PPM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melibatkan 138 pemeriksaan di kawasan pantai timur dan 38 pemeriksaan di perairan Kota Kinabalu dan Labuan,” katanya.

Tambahnya rondaan sama turut dijalankan oleh Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) melibatkan 144 anggota di 222 lokasi dan 23 hebahan awam bagi program Info On Wheels Jabatan Penerangan Malaysia Sabah turut dilaksanakan di tiga daerah di negeri ini.

  • oleh
  • Advertisement