Anda di sini

Niaga hadapan emas tidak catat dagangan pagi ini

Advertisement
 

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives tidak diniagakan pada sesi dagangan awal hari ini.

Pada 9.35 pagi, bulan semerta November 2021, Disember 2021, Januari 2022, dan Februari 2022 semuanya disebut harga pada RM255.00 segram.

Jumlah dagangan dan kepentingan terbuka kekal sifar.

Pada jam 9.30 pagi, harga fizikal emas jatuh RM4.29 kepada RM235.85 segram daripada RM240.14 segram pada jam 5 petang semalam. - Bernama 

Advertisement