Anda di sini

Mekanisme baharu pemerkasaan pengurusan daging import halal 

Advertisement
 

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata tiga mekanisme baharu akan dilaksanakan bagi memastikan pengurusan kemasukan produk daging import halal dari luar negara ke Malaysia terjamin.

Beliau berkata mekanisme dilaksanakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama beberapa agensi berkaitan itu adalah rentetan daripada episod kartel daging import pada Disember tahun lepas yang telah membuka mata banyak pihak mengenai kepentingan sistem pengurusan rantaian bekalan halal di Malaysia.

Berucap merasmikan Persidangan Halal Kebangsaan 2021 secara maya hari ini, Ismail Sabri berkata pelaksanaan mekanisme itu mensyaratkan produk berasaskan haiwan import yang disimpan di gudang untuk mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) di bawah skim logistik kategori penggudangan.

“Produk berasaskan haiwan yang diimport perlu menggunakan rangkaian pengangkutan mempunyai SPHM di bawah skim logistik kategori pengangkutan," katanya.

Selain itu, katanya prosedur mandatori pembungkusan semula yang mewajibkan syarikat mendapatkan pensijilan halal Malaysia di bawah skim produk makanan turut diwujudkan.

- Bernama

Advertisement