Anda di sini

Kadar jangka pendek kekal stabil dengan campur tangan BNM

Advertisement
 

KUALA LUMPUR: Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan campur tangan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan RM33.11 bilion dalam sistem konvensional dan RM27.45 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat itu akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional bernilai RM500 juta, masing-masing untuk tujuh dan 14 hari, serta tender Qard lelongan julat tempoh matang Islam (iRMA) RM5.8 bilion selama tujuh hingga 30 hari.

Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada jam 4 petang, BNM akan mengendalikan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM31.1 bilion dan RM20.7 bilion untuk tender semalaman Murabahah. - Bernama 

Advertisement