Anda di sini

Sulaiman MD Ali angkat sumpah Ketua Menteri Melaka Ke-13

Advertisement
Sulaiman (kiri) mengangkat sumpah dan Taat Setia Jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam di Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka Ayer Keroh, hari ini. -Gambar Bernama
Sulaiman Md Ali (kiri) mengangkat sumpah dan Taat Setia Jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam di Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka Ayer Keroh, hari ini. -Gambar Bernama

MELAKA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu Datuk Seri Sulaiman Md Ali mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 di Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka di sini, awal pagi ini.

Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia berkenaan dilakukan di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam di Dewan Seri Utama.

Turut hadir isteri Mohd Ali, Toh Puan Asmah Abd Rahman, Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong dan Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sulaiman, 55, sebelum ini dinamakan sebagai calon Ketua Menteri Melaka jika BN memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ini merupakan kali kedua Sulaiman dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka selepas pertama kali dilantik ke jawatan berkenaan pada tahun lepas. - BERNAMA
 

Advertisement