Anda di sini

PRN Melaka mesej jelas rakyat tolak budaya katak

Advertisement
Abang Johari bercakap pada sidang media selepas pecah tanah Projek Jambatan Sungai Sarawak, Sejingkat dan Jalan Utama Kedua Kuching-Samarahan. - Gambar Roystein Emmor
Abang Johari bercakap pada sidang media selepas pecah tanah Projek Jambatan Sungai Sarawak, Sejingkat dan Jalan Utama Kedua Kuching-Samarahan. - Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka memberi mesej jelas bahawa rakyat menolak budaya katak dan mahukan kerajaan yang stabil. 

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata rakyat sudah bosan dengan kerajaan yang tidak stabil. 

“PRN Melaka ada dua mesej jelas. Pertama rakyat mahukan kerajaan yang sangat stabil dan kedua rakyat tidak suka budaya katak. 

“Sebab itu,ada satu parti kosong. Tetapi datang ke Sarawak juga. Jadi, kita harus belajar daripada ini pengajaran ini,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Jambatan Sungai Sarawak, Sejingkat dan Jalan Utama Kedua Kuching-Samarahan di tapak projek di Sejingkat di sini hari ini. 

PRN Melaka menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang selesa 21 daripada 28 kerusi sekali gus membentuk kerajaan Melaka yang baharu. 

Pakatan Harapan (PH) menang lima kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) menang dua kerusi. 

Terdahulu dalam ucapannya, Abang Johari yang juga pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata parti menolak budaya lompat parti. 

Katanya beliau tidak menafikan dalam sesebuah parti memang ada masalah, tetapi prinsip PBB dan GPS adalah untuk rakyat dan bukannya peribadi. 

Sebab itu katanya latar belakang calon perlu dilihat bagi supaya tidak ada dari kalangan mereka yang suka lompat melompat. 

“Dalam pimpinan kita, kita dilatih kerana bukan senang jadi pemimpin, tangungjawab besar lebih-lebih dalam negeri yang berbilang kaum dan agama, kalau tidak dilatih, boleh tercetus masalah. 

“Sebab itu ada muka baharu seorang dua daripada orang muda masa pilihan raya kelak. Tetapi mereka mesti dilatih,” katanya. 

  • oleh
  • Advertisement