Anda di sini

Masters Indonesia: Momota raih tiket ke separuh akhir

Advertisement
 Aksi Momota semasa bertembung dengan Gemke dalam saingan suku akhir Masters Indonesia di Nusa Dua, Bali. — Gambar AFP
TANGKAS: Aksi Momota semasa bertembung dengan Gemke dalam saingan suku akhir Masters Indonesia di Nusa Dua, Bali. — Gambar AFP

BALI: Nombor satu badminton dunia Kento Momota dengan mudah meraih tiket separa akhir Masters Indonesia selepas menang mudah kepada Rasmus Gemke kelmarin. 

Pemain Jepun, Momota menumpaskan pemain Denmark itu 21-15, 21-5 hanya dalam 43 minit di pulau peranginan Bali. 

Momota kini merupakan pilihan utama untuk menjuarai lelaki perseorangan selepas pemenang pingat emas Olimpik, Viktor Axelson tersingkir pada pusingan 16 akhir kepada HS Prannoy dari India. 

“Pertarungan hari ini tidak meletihkan saya kerana saya sudah menjangkakan prestasi pesaing saya,” kata Momota, akan bersemuka dengan Chou Tien-chen dalam separuh akhir. Pemain Taiwan itu menewaskan Angus Ng Ka-long dari Hong Kong. 

 “Saya tahu Chou bermain dengan pantas. Bagaimanapun, saya tidak akan tertekan,” tambah Momota.

Masters Indonesia berlangsung tanpa penyokong dan dalam gelembung lantaran koronavirus. 

Ini merupakan temasya pertama daripada tiga yang bakal bertempat di Bali, semuanya kejohanan akhir musim Final Jelajah Dunia.

Jelajah badminton terjejas teruk oleh pandemik dan ini merupakan pertandingan pertama di Asia selepas 10 bulan. – AFP 

Advertisement