Anda di sini

De Bruyne positif COVID-19

Advertisement
 

LONDON: Kevin De Bruyne tidak dapat bermain untuk Manchester City semasa bersemuka dengan Everton dan juga dalam perlawanan Liga Juara-Juara menentang Paris Saint-Germain (PSG) selepas disahkan positif koronavirus, menurut jurulatih Pep Guardiola kelmarin. 

De Bruyne kini menjalani kuarantin 10 hari selepas keputusan ujian positif semasa rehat antarabangsa baru-baru ini.

Menentang Everton dalam pertarungan tempatan, City tiga mata di belakang pendahulu Liga Perdana Chelsea, bakal menjadi tuan rumah dalam perlawanan penting menentang PSG pada Rabu.

City mendahului PSG dalam Kumpulan A dengan satu mata dengan dua perlawanan baki.

“Kevin didapati positif COVID. Dia akan mengasingkan diri selama 10 hari,” kata Guardiola kelmarin. 

“Dua hari sebelum ini dia telah memaklumkan kepada saya dia positif. Dia berada di sini (Manchester).”

Ini ialah cabaran terkini buat De Bruyne yang mengalami kesukaran untuk bermain tangkas buat City pada musim ini. 

Dia terpaksa keluar padang semasa City tewas kepada Crystal Palace pada Oktober dan dalam perlawanan berikutannya bersama Club Brugge dia bermula di bangku.

Minggu ini De Bruyne menjaringkan gol semasa Belgium seri 1-1 kepada Wales dan turut bermain semasa kemenangan kepada Estonia yang melayakkan mereka ke Piala Dunia tahun depan. 

Pemain 30 tahun itu sudah menerima vaksin dan Guardiola lebih bimbang akan kesan virus ke atas anak buahnya berbanding ketiadaannya dalam pasukan itu.

“Kini orang ramai meninggal dunia lantaran pandemik ini. Dia telah divaksin jadi perlindungannya lebih kuat dan harap-harap simptomnya ringan sahaja,” jelas Guardiola.

“Dia akan kembali secepat mungkin. Tiada persoalan tentang rentak permainan. Kami harus membantunya.”

Keputusan COVID De Bruyne bukan isu kesihatan pertama City menjelang lawatan Everton di Etihad Stadium.

Pemain serangan City, Jack Grealish juga berkemungkinan tidak bermain selepas kecederaan yang turut menyaksikan dia diketepikan daripada skuad England Isnin lalu. 

Di samping kecederaan Grealish, pemain City Phil Foden juga belum pasti dapat bermain menentang Everton lantaran kecederaan kaki semasa bertugas untuk England. – AFP

Advertisement