Anda di sini

Tealive buka cawangan pandu lalu pertama di Sarawak

Advertisement
Nanta merasmikan cawangan Tealive pandu lalu pertama Malaysia Timur di kawasan Northbank, di sini semalam.
Nanta merasmikan cawangan Tealive pandu lalu pertama Malaysia Timur di kawasan Northbank, di sini semalam.

KOTA SAMARAHAN: Jenama minuman Tealive meningkatkan gaya pemasaran mereka menerusi pembukaan cawangan pandu lalu pertamanya di Malaysia Timur, iaitu kawasan Northbank, di sini. 

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pembukaan cawangan ini sekali gus menjadi mercu tanda dan tarikan baharu khasnya bagi penduduk di Sarawak. 

“Sebagai menteri yang bertanggungjawab ke atas industri francais, saya berasa gembira menyaksikan perkembangan ini. 

“Berdasarkan data yang ada, Tealive mempunyai lebih 650 cawangan di negara ini dan telah mendapat sambutan lebih 5 juta pelanggan setakat ini,” katanya semasa merasmikan cawangan Tealive pandu lalu pertama Malaysia Timur di kawasan Northbank, di sini pada Jumaat. 

Nanta menjelaskan, Tealive turut menjalankan perkhidmatan yang terbaik sejak ia mula dibuka pada 2017 sekali gus membawa kepada peristiwa bersejarah pada hari ini.   

“Oleh itu, tidak hairanlah Tealive ini merupakan jenama teh gaya hidup termuka di rantau Asia ini. 

“Sehubungan itu, saya komited untuk mempromosikan perdagangan di negara ini dan saya yakin ini merupakan petanda baik untuk Sarawak menunjukkan pemulihan ekonomi,” ujarnya. 

Justeru, katanya, kejayaan Tealive ini di dalam mahupun di luar negara seharusnya menjadi inspirasi kepada rakyat Sarawak khasnya untuk mengukuhkan semula ekonomi terutamanya dalam kehidupan norma baharu pada masa ini. 
 

  • oleh
  • Advertisement