Anda di sini

Real undur diri, beri Man United, Cheslea dan City peluang dapatkan Haaland

Advertisement
Erling Haaland. -Gambar AFP
Erling Haaland. -Gambar AFP

MADRID: Real Madrid telah menguburkan impian untuk menandatangani Erling Haaland sementara mereka percaya bahawa dia lebih layak untuk Liga Perdana. 

Klausa pelepasan 64 juta pound pemain serangan Borussia Dortmund itu bermula pada musim panas ini, dan kelab-kelab besar Eropah dijangka bakal berebut untuk memperolehi tandatangannya.

Manchester United, Chelsea, Manchester City, Bayern Munich dan Madrid kesemuanya telah dikaitkan dengan pemain 21 tahun itu, yang kini tidak beraksi akibat kecederaan.

Lebih menaikkan semangat pemburu dari Liga Perdana, Madrid telah mengaku kalah.

Menurut pemberita Sport, Josep Pedrerol berkata: “Real Madrid menganggap Haaland akan bermain buat England tahun depan dan telah menyingkirkan kemungkinan itu.”

Presiden Madrid Florentino Perez sebelum ini menyatakan hasrat untuk memperolehi kedua-dua Haaland dan Kylian Mbappe.

Sementara itu, bekas bintang Liverpool, Steve McManaman telah menggesa skuad lamanya untuk memilih Haaland di sebalik bakat “mentah”  Karim Adeyemi.

McManaman bercakap tentang Adeyemi: “Dia amat mentah kan? Seperti Jeremy Doku mula bermain untuk Belgium semasa Euro, selepas bermain sepuluh minit dia lantas dikaitkan dengan pemindahan ke Liverpool.

“Kedua-dua pemain itu muda, cergas, handal, serta sesuai dengan profil pemain yang hendak diperolehi Liverpool.

“Liverpool mempunyai hubungan baik dengan kelab Red Bull. Adeyemi berusia 19 tahun, sangat tidak berpengelaman namun bermain bola sepak dengan berkualiti.

“Bagaimanapun, ia agak berisiko. Liverpool sudah mempunyai pemain-pemain handal dalam akademi mereka.

“Sekiranya Liverpool mempunyai wang, lebih baik mereka menandatangani Erling Haaland kerana dia sudah membuktikan dia berbaloi untuk jangka masa panjang.

Segelintir pemain muda bermain dengan baik dan terus bernilai 50 juta pound, tetapi nilai mereka hanya pada 15 juta pound. Kelab yang menjual mahu memperolehi sebanyak mungkin daripada pemain mereka.
 
“Kini apabila Liverpool mahu menandatangani pemain, mereka bukan saja menilai pemain di atas padang. Mereka akan bercakap bersama keluarga, rakan dan ejen pemain untuk mengetahui tentang pemain itu. Mereka bukan menandatangani seorang pemain tetapi keseluruhan individu tersebut.” ― AFP 
 

Advertisement