Anda di sini

PRN Melaka: BN bentuk kerajaan negeri, capai majoriti mudah

Advertisement
Penyokong Barisan Nasional bersorak ketika melihat proses penjumlahan Undi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Command Center Barisan Nasional (BN) malam ini.
 - Gambar Bernama
Penyokong BN bersorak ketika melihat proses penjumlahan Undi Pilihan Raya Negeri di Command Center BN.
 - Gambar Bernama

MELAKA: Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan selepas memperoleh 15 kerusi daripada 28 kerusi yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN)  Melaka hari ini.

Keputusan rasmi itu diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Abdul Ghani Salleh pada 9.42 malam ini di Menara Persekutuan di sini.

“BN telah memenangi sejumlah 15 kerusi daripada 28 kerusi yang diperuntukkan dan dengan ini berjaya memperoleh suatu majoriti melebihi 50 peratus daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan,” katanya.

Abdul Ghani juga berkata proses pengundian bagi pilihan raya berkenaan berjalan dengan baik dan lancar. -- BERNAMA

Advertisement