Anda di sini

Niaga hadapan emas dibuka tanpa didagangkan pagi ini

Advertisement
 

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives tidak diniagakan pada sesi dagangan awal pagi Khamis.

Pada pukul 9.33 pagi, bulan semerta November 2021, Disember 2021, Januari 2022 dan Februari 2022 semuanya disebut harga pada RM255.00 setiap gram.

Jumlah dagangan dan kepentingan terbuka kekal sifar.

Harga fizikal emas meningkat RM1.16 kepada RM242.85 segram pada 9.30 pagi daripada RM241.69 segram pada jam 5 petang semalam. - Bernama 

Advertisement