Anda di sini

Pasangan suami isteri cedera rempuh lori treler

Advertisement
 Kenderaan mangsa remuk di bahagian hadapan akibat kemalangan tersebut.
REMUK: Kenderaan mangsa remuk di bahagian hadapan akibat kemalangan tersebut.

KINABATANGAN: Pasangan suami isteri cedera selepas kenderaan yang mereka naiki merempuh sebuah lori treler angkut minyak kelapa sawit di Simpang Segaliud Seberang, di sini semalam.

Menurut kenyataan Pusat gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 6.15 petang.

“Sepasukan lima anggota dan pegawai daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi kejadian," katanya.

Katanya, mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kinabatangan oleh orang awam sebelum ketibaan bomba untuk mendapatkan rawatan susulan.

“Kenderaan mangsa mengalami remuk di bahagian hadapan, manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Pasukan bomba melakukan pemeriksaan akhir di sekitar kawasan kemalangan bagi memastikan semuanya selamat untuk pengguna jalan raya yang lain,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement