Anda di sini

BTS menang 4 Anugerah Muzik Eropah MTV

Advertisement
 

SEOUL: Kumpulan k-pop popular BTS berjaya merangkul empat trofi di Anugerah Muzik Eropah MTV (EMA) tahun ini. 

Pada acara yang diadakan di Budapest, Hungary pada Ahad (waktu tempatan) itu, kumpulan terdiri tujuh anggota itu membawa pulang trofi artis Pop Terbaik, Kumpulan Terbaik, K-pop Terbaik dan anugerah Biggest Fans, menurut Agensi Berita Yonhap.

Kumpulan dari Korea Selatan itu telah menyapu bersih empat anugerah MTV EMA untuk tahun kedua berturut-turut. Pada tahun lepas kumpulan itu memenangi hadiah Lagu Terbaik, Live Maya Terbaik, Kumpulan Terbaik dan Biggest Fans. 

Sementara itu, anugerah Video Muzik Terbaik dimenangi "Montero (Call Me By Your Name)" oleh Lil Nas X dan trofi Kolaborasi Terbaik dianugerahkan kepada Doja Cat dan SZA untuk lagu "Kiss Me More." - Bernama 

Advertisement