Anda di sini

Tekad akan tinggalkan Man Utd

Advertisement
 

LONDON: Penjaga gol Dean Henderson (gambar) mahu meninggalkan kelab Manchester United pada akhir musim ini jika dia tidak dapat merampas kembali status sebagai penjaga gol nombor satu kelab dari David de Gea, tetapi menerima hakikat bahawa dia tidak akan pergi pada bulan Januari.

Henderson tidak tersenarai dalam skuad kebangsaan England untuk kali ketiga berturut-turut sejak menarik diri dari Euro 2020 pada bulan Jun kerana kecederaan.

Penjaga gol berusia 24 tahun itu diuji positif  untuk COVID-19 pada bulan Julai dan terlepas sesi latihan pramusim selepas mengambil masa lebih lama untuk pilih dari kesan pasca-COVID-19.

De Gea mengambil peluang itu untuk meletakkan dirinya sebagai penjaga gol utama United selepas saingan sengit dengan Henderson musim lepas.

Saingan untuk kesebelasan utama sebagai penjaga gol di Old Trafford, menjadi lebih sengit apabila Tom Heaton kembali ke United dari Aston Villa.

Henderson lebih suka untuk terus kekal di  United tetapi bimbang kariernya dalam bahaya tidak akan meningkat selepas hanya membuat satu penampilan pada musim ini, dalam aksi Piala Liga Inggeris ketika United tewas kepada West Ham United pada bulan September.

Dia tidak menyimpan rahsia untuk menjadi penjaga gol nombor satu United dan juga England dan  mahu memberikan dirinya peluang terbaik untuk berada dalam skuad England untuk ke Piala Dunia 2022 jika England mengesahkan tempat.

Henderson masih mempunyai baki kontrak empat tahun setengah di kelab, dengan gaji 120,000 pound seminggu yang ditandatangani pada bulan Ogos tahun lepas.

Dia akan menimbangkan untuk meninggalkan kelab pada bulan Januari – dengan kelab Newcastle difahamkan menjadi salah satu pilihan destinasinya - tetapi United tidak dijangka akan membenarkannya pergi pada pertengahan musim.

Walaupun De Gea adalah salah seorang pemain  terbaik United musim ini, United membayangkan penjaga gol antarabangsa Sepanyol  itu boleh mengalami kecederaan atau hilang prestasi, selepas melepaskan gol mudah ketika menentang Atalanta dalam Liga Juara-Juara dan Manchester City dalam aksi liga pada bulan ini.

Donny van de Beek dan Phil Jones juga dikatakan akan cuba mencari  kelab lain pada pasaran perpindahan bulan Januari ini.

United juga mahu menyelesaikan masa depan Paul Pogba dan Jesse Lingard tetapi ia kelihatan kedua-dua pemain ini boleh meninggalkan kelab sebagai ejen bebas (tanpa yuran perpindahan) pada musim panas tahun hadapan. – AFP

Advertisement