Anda di sini

Hajiji pengerusi masyuarat AMT PRBSS

Advertisement
 Hajiji (lima kiri) menyerahkan watikah pelantikan kepada Prof Datuk Dr. Kasim Haji Md.Mansur.
TAHNIAH: Hajiji (lima kiri) menyerahkan watikah pelantikan kepada Prof Datuk Dr. Kasim Haji Md.Mansur.

TUARAN: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Persatuan RumpunBajau Sama Sabah (PRBSS) di Pusat Kebudayaan Bajau Sama Sabah, Kg. Lok Batik, Tuaran, semalam.

Antara yang dibincangkan dalam mesyuarat itu ialah karnival dan perasmian bangunan pusat kebudayaan itu.

Hajiji yang juga Presiden PRBSS turut menyampaikan watikah pelantikan Ketua Penerangan PRBSS kepada Dekan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Datuk Kasim Haji Md.Mansur.

Terdahulu Hajiji meninjau sekitar bangunan pusat kebudayaan tersebut dan kerja-kerja membina rumah tradisional bajau, landskap dan kecantikannya.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden,Datuk Haji Musbah Jamli, Naib-Naib Presiden, Datuk Japlin Akim, Datuk Jumat Idris dan Datuk Armizan Mohd.Ali, Setiausaha Agung, Datuk Abdul Kassim Razali dan Bendahari, Datuk Daud Haji Sidik.

Advertisement