Anda di sini

Sektor pertanian di tanah tinggi Ba'kelalan diperkasa

Advertisement
Awang Tengah (tiga kanan), Dr Abdul Rahman (kiri) melihat perkembangan pembinaan  Jabatan Pertanian Ba'kelalan.
Awang Tengah (tiga kanan), Dr Abdul Rahman (kiri) melihat perkembangan pembinaan Jabatan Pertanian Ba'kelalan.

BA'KELALAN: Sektor pertanian di tanah tinggi di sini akan diperkasakan berdasarkan potensi yang ada dengan pembinaan Jabatan Pertanian Ba'kelalan bagi menggantikan pejabat lama yang  dibina pada tahun 1985.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata projek itu dilaksana di bawah kendalian Jabatan Kerja Raya Wilayah yang dijangka siap pada Februari 2023.

“Pembinaan Jabatan Pertanian Ba'kelalan sejajar dengan komitmen Gabungan Parti Sarawak (GPS) pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg untuk memperkasakan sektor pertanian di seluruh Sarawak termasuk tanah tinggi Ba'kelalan,” katanya pada lawatan kerja ke tapak projek di sini baru-baru ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Henry Sum Agung, Menteri Muda Pemodenan Pertanian Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail, Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembangunan Bandar dan  Sumber Asli Kedua dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Sarawak menjelaskan projek ini perlu  disiapkan mengikut jadual dan spesifikasi yang ditetapkan.

Sementara itu Datuk Dr Abdul Rahman memberitahu, projek ini adalah antara tujuh  buah stesen pertanian di Sarawak yang memberi perkhidmatan nasihat dan teknikal kepada petani, penternak dan peladang dikawasan ini.

Kata beliau kawasan ini juga popular dengan ternakan kerbau.

“Oleh itu Jabatan Pertanian akan turut meningkatkan ternakan kerbau dan memperkenalkan ternakan kambing biri-biri di Ba'kelalan.

"Kita juga menbangunkan kerbau di Meragang untuk penghasilan keju daripada susu kerbau yang cukup sesuai untuk keju 'Mozarella' yang mempunyai permintaan tinggi di negara-negara Eropah,” katanya.

Beliau menjelaskan Kerajaan Sarawak juga mensasarkan menjadi negeri pengeksport makanan berbanding sebagai pengimport pada masa sekarang.

Dr Abdul Rahman memberitahu pihaknya akan mencuba tanaman kobis secara besar-besaran di Ba'kelalan kerana kesesuaian iklim di tanah tinggi ini.

Pada masa sama katanya pembinaan kemudahan asas seperti jajaran SSLR (Sarawak-Sabah Link Road) akan memudahkan pergerakan rakyat dan pemasaran hasil ternakan dan pertanian di Ba'kelalan.

“Produk tani lain yang amat popular di Bakelalan yang akan diperkasakan ialah tanaman padi Adan yang mahal dipasaran semenanjung Malaysia,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement