Anda di sini

Petronas sedia bekalan gas asli kepada Bintulu Prilled Urea 

Advertisement
Gambar hiasan Bernama
Gambar hiasan Bernama

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah menandatangani Perjanjian Dasar Induk (HOA) dengan Bintulu Prilled Urea Sdn Bhd (BPUSB) bagi potensi membekalkan gas asli sebagai bahan mentah kepada loji petrokimia BPUSB yang dicadangkan di Tanjung Kidurong, Bintulu, Sarawak.

Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia Mohamed Firouz Asnan berkata HOA yang ditandatangani pada 3 Nov, memperkukuh komitmen syarikat untuk menjalinkan kerjasama dengan kerajaan negeri Sarawak bagi memperluas industri gas dan petrokimia tempatan di negeri itu, selaras dengan perjanjian prinsip yang dimeterai pada 2016.

“Pertumbuhan ekonomi domestik bakal memberi manfaat besar kepada rakyat Sarawak. Bagi mencapai objektif ini, Petronas dengan sokongan kerajaan negeri akan terus berusaha menarik pelaburan baharu dalam sektor huluan bagi memastikan bekalan gas yang mampan kepada semua pelanggan kami yang sedia ada dan baharu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pemeteraian HOA itu turut menawarkan peluang kepada Petronas untuk mewujudkan hubungan baharu dengan BPUSB sebagai pelanggan gas domestik. - BERNAMA
 

Advertisement