Anda di sini

Alumni CIMB nekad membantu golongan istimewa

Advertisement
Alumni CIMB menyerahkan simbolik bantuan yang diberikan kepada kakitangan Bengkel Seri Sarawak, baru-baru ini. Turut kelihatan Rapelson (kanan).
Alumni CIMB menyerahkan simbolik bantuan yang diberikan kepada kakitangan Bengkel Seri Sarawak, baru-baru ini. Turut kelihatan Rapelson (kanan).

KUCHING: Seramai 16 kakitangan orang kurang upaya (OKU) Bengkel Seri Sarawak menerima bakul makanan daripada Alumni CIMB, baru-baru ini.

Program bakul makanan berkenaan kerjasama antara Alumni CIMB iaitu Pengarah CIMB Wilayah Sarawak, Albert Wong dan Persatuan Anak Istimewa Sarawak (PERAIS).

Menurut Presiden PERAIS Rapelson Richard Hamit, program berkenaan adalah untuk membantu kakitangan OKU Bengkel Seri Sarawak yang berpendapatan di bawah paras gaji minimum dan dalam paras kemiskinan tegar untuk meneruskan kehidupan harian mereka lebih-lebih yang terjejas akibat pandemik COVID-19. 

Selain itu, Rapelson juga menyeru agar Bengkel Seri Sarawak diambil perhatian oleh kerajaan negeri.

"Semua kakitangan Bengkel Seri Sarawak ini diberi pendapatan harian minimum dan bagi yang berpendapatan bulanan diberikan pendapatan bulanan diparas gaji minimum mengikut lunas undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan," katanya.

Sementara itu, program bakul makanan yang diadakan disempurnakan oleh Pengurus CIMB Cawangan Jalan Rubber Steve Richard yang juga merupakan wakil Alumni CIMB yang menyerahkan bakul makanan berkenaan kepada Penolong Pengurus Bengkel Seri Sarawak, Magdeline Imbang. 

Hadir sama program Rapelson dan dua kakitangan kakitangan CIMB Cawangan Jalan Rubber, iaitu Fikrie Abak dan Muhamad Idham Idris.

  • oleh
  • Advertisement