Anda di sini

Sekolah Menengah Swasta St Joseph menang emas di Festival Choral Busan

Advertisement
 

KUCHING: Kelab Koir Sekolah Menengah Swasta St Joseph (SJPS) memenangi tempat pertama juga Anugerah Emas pada Pertandingan dan Festival Choral Busan Kategori Belia pada Sabtu lepas.

Mereka merupakan satu-satunya wakil dari Malaysia dalam pertandingan yang diadakan secara maya itu.

Mempersembahakan lagu tradisional 'Ikan Kekek' mereka berjaya menewaskan tiga pesaing lain yang terdiri daripada dua dari Indonesia dan satu dari Korea Selatan untuk memenangi anugerah itu.

SJPS, yang berkongsi berita berkenaan menerusi laman Facebook, mengucapkan tahniah kepada pelajar dan gurunya yang terlibat dalam pencapaian terbaharu daripada Kelab Koir mereka.

Ditubuhkan pada 2017, Kelab Koir berkenaan terkenal dengan pementasan ‘The White Rajah Of Sarawak’ pada 2017 dan 2019.

Di sebalik cabaran yang dihadapi semasa pandemik, mereka memenangi Pingat Emas di Festival Koir Maya Dunia ke-2 pada 2020 dan Anugerah Emas B di Malaysian Choral Eisteddfod tahun ini.

Mereka juga pernah memenangi pingat perak dalam Festival Choral Antarabangsa Orientale Concentus ke-11 di Singapura pada 2018.

Persembahan kemenangan mereka boleh ditonton di https://youtu.be/9F7mfd7fPB8.

Advertisement