Anda di sini

Tiong: Percepatkan projek pembinaan 3,000 kediaman RTO

Advertisement
 

BINTULU: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) digesa agar mempercepatkan projek pembinaan 3, 000 unit kediaman Skim Sewa Untuk Dimiliki (RTO) bagi menyelesaikan masalah penempatan setinggan di bahagian ini khususnya di Sungai Sibiew, kata Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing (gambar).

Melalui perlaksanaan RTO yang lebih komprehensif sebegini akan menyediakan kediaman yang lebih selesa buat penduduk di kawasan setinggan sekaligus menyelesaikan semua isu berbangkit yang melibatkan tanah yang diduduki oleh penduduk di kawasan setinggan terbabit.

"Bagi tujuan sama, saya menyeru Jabatan Tanah Dan Survei (JTS) supaya menyiapkan pelan penempatan semula penduduk termasuk data dan dana yang diperlukan bagi melancarkan urusan perpindahan penduduk," ujarnya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut Tiong, melalui pogram penempatan semula penduduk yang dirancang ini secara tidak langsung akan menyediakan kediaman yang lebih selesa dan selamat berbanding kawasan tepi sungai pada masa sekarang yang amat berbahaya serta terdedah kepada risiko banjir.

Dalam perkembangan berkaitan, Tiong berkata bahawa BDA sedang mengadakan perancangan khusus berkaitan pembangunan  Skim Penempatan Semula Kampung Kemunting kerana tapak asal kampung terbabit yang terletak di kawasan rendah berhampiran sungai dan kerap dilanda banjir.

Dalam masa sama jelasnya, perpindahan penduduk di kawasan setinggan di tepi Sungai Sebiew akan memudahkan pengurusan sistem saliran dan perparitan dalam jangka masa panjang.

"Melalui kerja-kerja mendalamkan sungai terbabit sekaligus akan melancarkan lagi aliran air sungai sekaligus meminimakan paras limpahan banjir di kawasan sepanjang sungai sekaligus mempercepatkan aliran air selepas hujan lebat," tegasnya.

Beliau dalam pada itu turut menasihatkan semua pemaju perumahan dan pusat komersil agar sentiasa menggunakan siatem aliran air dan perparitan yang cukup luas bagi menampung aliran air seterusnya menggelakkan berlakunya banjir kilat pada masa akan datang.

Tiong dalam masa sama memberikan jaminan bahawa kerajaan melalui pihak berwajip akan terus menjalankan kerja-kerja peluasan parit dan sistem perparitan yang lebih baik  dari masa ke masa di bahagian ini bagi melancarkan aliran air serta menyelesaikan masalah banjir kilat yang kerap melanda bahagian ini sebagaimana sebelum ini.

  • oleh
  • Advertisement